Kerjaya kelab Khuzaimi Piee

Belia

Khuzaimi memulakan karier bola sepaknya dengan Melaka United (dahulu Melaka FA) B-21 dalam pertandingan Piala Presiden dan kemudiannya berpindah ke MP Muar.[2]

Melaka United

Khuzaimi kemudian berpindah ke pasukan senior Melaka dalam Piala FAM peringkat ketiga selama dua tahun pada 2013 dan 2014.[3]

PKNS

Pada 2015, beliau menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan PKNS.[3] Pada November 2014 beliau menyertai PKNS, membuat 3 penampilan liga. Dia hanya muncul dalam dua perlawanan untuk PKNS sebelum dipinjamkan kepada SAMB pada awal 2016.

SAMB (pinjaman)

Semasa bersama PKNS beliau juga menghabiskan masa secara pinjaman di SAMB, membuat 7 penampilan liga dan menjaringkan 3 gol.[3]

Kembali ke Melaka United

Pada Jun 2016 dia menyertai semula Melaka, yang menyaksikan dia bermain di bahagian pertahanan bersama Khair Jones dan Shin Jae-pil sehingga menjadi juara Liga Perdana Malaysia.[2] Beliau juga berjaya membuat 24 penampilan liga dan menjaringkan 2 gol.

PKNP (pinjaman)

Beliau dipinjamkan oleh PKNP pada awal 2018 dan kembali ke Melaka pada penghujung musim.[4] Beliau membuat 7 penampilan liga.

UiTM

Beliau menyatakan bahawa prestasinya telah merosot bersama Melaka United pada 2019, dan oleh itu, memutuskan untuk berpindah ke UiTM pada 2020 untuk memperoleh semula prestasinya.[5]

Negeri Sembilan

Selepas UiTM telah diturunkan ke Liga Perdana, beliau menyertai Negeri Sembilan pada 2022 agar dapat terus bermain dalam Liga Super.[6]

Rujukan

WikiPedia: Khuzaimi Piee http://www.goal.com/en-my/news/3960/asia/2016/10/1... http://www.nst.com.my/news/2016/10/179653/football... http://fam.org.my/news/persahabatan-malaysia-1-afg... http://fam.org.my/news/senarai-25-pemain-ke-latiha... https://www.malaysianfootballleague.com/articles/u... https://www.mutdmedia.com/p/blog-page_5527.html https://www.pressreader.com/malaysia/new-straits-t... https://www.youtube.com/watch?v=AbWe2muwSoU https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2018/12/5050... https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2022/01...